Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    66 mualaf sertai Skim Bimbingan Lanjutan I

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Seramai 66 orang mualaf menyertai Skim Bimbingan Lanjutan I Mualaf Siri ke-107 (lelaki) yang diadakan secara serentak di keempat-empat daerah selama 14 hari bermula 23 Mei hingga 8 Jun.

    Dikendalikan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf) dengan kerjasama unit-unit dakwah Daerah Belait, Tutong dan Temburong, skim berkenaan diadakan untuk membimbing para mualaf dalam meningkatkan dan menghalusi lagi ilmu pengetahuan agama Islam terutama dalam ibadat sembahyang, akidah dan akhlak.

    Antara pengisian sepanjang skim berkenaan termasuk tauhid, fiqh solat, fiqh haji, fiqh munakahat, tasawuf, muqaddam, amali, sejarah Islam dan kefahaman keluarga.

    Di samping itu, dalam usaha menjaga dan memelihara kemaslahatan mualaf, PDI juga menyediakan beberapa program bimbingan khusus untuk mualaf iaitu Bimbingan Pengenalan Islam, Bimbingan Bergerak, Skim Bimbingan Asas, Skim Bimbingan Lanjutan I serta Skim Bimbingan Lanjutan II.

    Para mualaf juga boleh mengikuti Kelas Bimbingan Mualaf pada setiap Jumaat bagi Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong.

    Manakala itu bagi Daerah Belait dan Temburong mengikut jadual yang disediakan.

    Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program bimbingan bagi para mualaf, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf) PDI di talian 2383996.

    Antara peserta yang menyertai skim bimbingan di Daerah Brunei dan Muara.
    Peserta skim di Daerah Temburong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda