WASHINGTON, 20 APRIL – Sekurang-kurangnya 67 juta kanak-kanak tidak lengkap divaksin antara 2019 dan 2021 akibat penutupan dan gangguan terhadap institusi kesihatan disebabkan oleh pandemik COVID-19, menurut UNICEF dalam satu laporan hari ini.
Daripada jumlah itu, 48 juta kanak-kanak tidak mendapat sebarang vaksinasi, berdasarkan laporan agensi kanak-kanak PBB, bertajuk The State of the World’s Children 2023: For Every Child, Vaccination.
“Vaksin menyelamatkan nyawa, tetapi terlalu ramai kanak-kanak di dunia tidak diberi vaksin. Pandemik COVID-19 hanya meningkatkan jumlah mereka,” lapor agensi Anadolu, memetik laporan itu.
“Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, sejak lebih sedekad hasil yang diperoleh dengan susah payah imunisasi rutin kanak-kanak telah terhakis.” – Bernama


