Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    67 murid SU PJN PHAB diraikan

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Seramai 67 orang murid Sekolah Ugama Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar (SU PJN PHAB) yang berjaya menamatkan bacaan Al-Quran 30 Juzuk telah diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampung Labi 1, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam (JPI), guru-guru dan kakitangan sekolah serta ibu bapa dan penjaga murid yang diraikan. Majlis antara lain bertujuan untuk memupuk perasaan cinta dan penghargaan terhadap pembacaan Al-Quran dalam kalangan kanak-kanak, pada masa yang sama menghayati makna yang terdapat dalam kitab suci berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad oleh para peserta khatam. Kemudian, Doa Khatam dipimpin oleh salah seorang peserta, Awang Muhammmad Nurul Syirazi bin Hanapi diikuti dengan bacaan Takhtim.

    Tetamu kehormat seterusnya menyampaikan sijil dan mendahului upacara merenjis minyak wangi kepada para peserta khatam.

    Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta khatam.
    Murid-murid yang diraikan pada majlis khatam Al-Quran berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda