Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    67 pelajar sertai pertandingan sains SEL

    Oleh Daniel Sim

    BELAIT, 4 DIS – Lebih daripada 67 pelajar muda yang bercita-cita menjadi saintis dari seluruh negara telah membuat persembahan dan memukau panel hakim dalam Pertandingan Tahunan Pertunjukan Sains anjuran Makmal Tenaga Seria (SEL).

    Sebagai salah satu program paling ikonik SEL, pertandingan bertujuan membantu pelajar mendekati pembelajaran pendidikan STEM melalui kreativiti menyampaikan satu siri eksperimen sains yang menakjubkan dan berkongsi fakta sains yang menarik kepada penonton, sambil berhibur.

    Pertandingan kali ke-6 telah mendapat penyertaan daripada sekolah kerajaan dan swasta di seluruh negara.

    Pada tahun ini, peserta dari seluruh negara menghadiri bengkel pada September lalu yang bertindak sebagai panduan untuk mengajar mereka cara menghasilkan rancangan sains mereka.

    Bengkel berkenaan terdiri daripada beberapa modul yang melibatkan perancangan, menjalankan penyelidikan, memahami kepentingan penjujukan dan banyak lagi.

    Pertandingan ini menyediakan platform kepada pelajar dan orang awam untuk mengambil bahagian dalam komunikasi sains.

    Dalam pada itu, kemahiran khusus ini sering dikaitkan dengan celik STEM, dan pertandingan ini bertujuan untuk merangsang kemahiran kreativiti serta pemikiran inovatif melalui komunikasi sains interaktif.

    Daripada 67 orang pelajar, hanya tiga pasukan akan dipilih untuk bertanding di pusingan akhir, yang akan diadakan pada Mac tahun depan.

    Para pelajar mengadakan persembahan pada pertandingan itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda