Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    67 terima sijil penyertaan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Seramai 67 orang telah berjaya menamatkan Program Talaqqi Kitab Turath bagi Orang Awam yang berjalan selama 12 minggu dan menerima sijil mereka di Dewan Tarbiah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta ialah Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar yang turut menyempurnakan perasmian program bagi kumpulan seterusnya.

    Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Awang Azman bin Haji Kassim dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa antara objektif program berkenaan adalah untuk menyampaikan dan menerapkan empat kemahiran dalam kitab

    Turath iaitu kemahiran Fi Al-Qiraah dengan kemahiran Fi Al-Kitabah dengan latihan menulis, kemahiran Fi Al-Fahm dengan penerangan dan kemahiran Fi Al-Ta’lim dengan mengajarkan kembali kitab Turath.

    Selain itu, program berkenaan merupakan usaha berterusan KUPU SB untuk terus menghidupkan kitab-kitab Turath, seterusnya untuk menanamkan rasa cinta terhadap karya-karya ulama terdahulu dan untuk menjadi rujukan dalam praktik beragama masyarakat.

    Program tersebut dilaksanakan buat pertama kali pada 2020 dan diteruskan setiap tahun.

    Pada tahun ini, program akan berlangsung dari bulan ini hingga Oktober dan akan disambung pada Januari hingga Mac 2024.

    Pengisian dalam program berkenaan termasuk penerangan mengenai Kitab Umm Al-Barahin, Kitab Kifayah Al-Ghulam, Kitab Taj Al-Arus dan Kitab Hadith Al-Arbain disampaikan oleh para pensyarah KUPU SB.

    Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pemangku Timbalan Raes KUPU SB, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha dan para kepimpinan, pensyarah serta pelajar KUPU SB.

    Dr Haji Adanan menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta. – Gambar serahan KUPU SB
    Awang Azman semasa menyampaikan ucapannya. – Gambar serahan KUPU SB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda