Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    68 maut akibat tanah runtuh di utara Tanzania

    DAR ES SALAAM, 5 DIS – Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Queen Sendiga, pesuruhjaya wilayah Manyara yang dilanda bencana, berkata seramai 116 penduduk dilaporkan cedera setakat kelmarin.

    Sepasukan 350 pakar penyelamat daripada tentera dikerah untuk menyelamatkan mangsa lain.

    Sendiga berkata hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di Gunung Hanang pada pagi Ahad.

    Bandar Katesh yang terletak di kaki gunung itu antara kawasan yang terjejas teruk.

    Sementara itu Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan berkata kerajaan akan menanggung kos pengebumian mangsa. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda