Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    68 pelajar SMB diraikan

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Seramai 68 orang pelajar Sekolah Menengah Berakas (SMB) telah diraikan dalam Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang dalam Peperiksaan BC-GCE Peringkat O dan IGCSE bagi Tahun 2023 yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Profesional), Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Metusin bin Haji Jais yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pelajar cemerlang.

    Pengetua SMB, Awang Alexander bin Badang dalam ucapan alu-aluannya antara memberitahu bahawa adapun majlis berkenaan sememangnya sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan tulus daripada pihak sekolah untuk meraikan segala pencapaian yang diperoleh oleh pelajar-pelajar bersama tenaga pengajar masing-masing.

    Tambahnya lagi, majlis penganu-gerahan yang diadakan pada setiap tahun itu bertujuan untuk memberi galakan berterusan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut ke arah mencapai kecemerlangan akademik.

    Beliau turut mengongsikan satu pencapaian terbaik dan berharga bagi sekolah berkenaan di mana seorang pelajar telah memperoleh keputusan 6A* dan seorang lagi 4A* dan 5A khususnya bagi tahun pencapaian peperiksaan Peperiksaan BCGCE Peringkat ‘O’ dan IGCSE bagi Tahun 2023.

    Turut hadir pada acara berkenaan ialah ketua kluster 3 dan pegawai-pegawai kluster 3; serta ibu bapa dan penjaga para pelajar yang diraikan.

    Haji Metusin menyempurnakan penyampaian hadiah kepada salah seorang pelajar yang diraikan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH MENENGAH BERAKAS
    Haji Metusin, Awang Alexander bersama pelajar yang diraikan bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH MENENGAH BERAKAS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda