Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    684 bakal graduan PB khatam Al-Quran

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Seramai 684 orang daripada 768 orang bakal graduan telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei (PB) ke-9 Tahun 2023 yang berlangsung di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam, hari ini.

    Majlis khatam berkenaan merupakan salah satu acara kemuncak sempena Majlis Konvokesyen PB ke-9, yang akan diadakan pada 19 Oktober di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Presiden Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek
    (PUJA), Sr Haji Mohammad Hanafi bin POKDGSDRDLU Haji Awang Abdul Rahman yang juga ahli Lembaga Pengelola PB.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah PB, Lim Kian Boon, penolong-penolong pengarah, para jemputan khas terdiri daripada pengarah-pengarah jabatan dan ketua-ketua bahagian dan unit di bawah Kementerian Pendidikan, para pegawai kanan, pegawai, pensyarah dan kakitangan serta ahli Majlis Perwakilan Pelajar PB.

    Majlis bertujuan untuk memartabatkan Al-Quran sebagai dasar segala ilmu di sam-ping mengambil sukut barakah wahyu Allah.

    Aturcara Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan pembacaan ayat-ayat khatam oleh para peserta khatam.

    Daripada 684 orang bakal graduan yang diraikan berkenaan, 321 orang adalah pelajar lelaki dan 363 orang lagi pelajar perempuan.

    Sr Haji Mohammad Hanafi hadir selaku tetamu kehormat pada majlis keagamaan berkenaan. – Gambar serahan Politeknik Brunei
    ATAS & BAWAH: Antara yang hadir pada majlis khatam tersebut. – Gambar serahan Politeknik Brunei

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda