Saturday, September 28, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    685kg sampah di Kampong Ayer berjaya dikutip

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Sebanyak 685kg sampah telah berjaya dikumpul semasa inisiatif H20 Heroes: River Clean Up anjuran Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dengan kerjasama Green Brunei, yang diadakan pada hari ini, bertempat di Kampong Ayer, di ibu negara.

    Seramai 150 peserta telah mengambil bahagian dalam majlis tersebut, termasuk Pengurusan Eksekutif BDCB, Ketua Eksekutif institusi kewangan, Penghulu Kampong Ayer Zon 2, Ketua Kampung Mukim Saba, Pemangku Ketua Kampung Kampung Ayer Zon 3, serta wakil dari BDCB, institusi kewangan yang mengambil bahagian, dan Green Brunei.

    Inisiatif tersebut menandakan projek pertama di bawah Komuniti Industri Kewangan, bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara BDCB dan institusi kewangan melalui aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

    Acara itu dianjurkan bersama dengan 13 institusi kewangan sebagai rakan kongsi, termasuk Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Bank Baiduri sebagai Rakan Kongsi Platinum; Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Standard Chartered Brunei, Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd, Audley Insurance Company San Bhd, dan AlA Singapore Private Limited (Cawangan Brunei) sebagai Rakan Kongsi Emas; dan RHB Bank Berhad, Maybank Banking Berhad, Bank of China (Hongkong) Limited, State Street (Brunei) Sdn Bhd, United Overseas Bank Limited, dan UOB Asset Management (B) Sdn Bhd sebagai Rakan Kongsi Gangsa.

    Diadakan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, acara itu bertujuan untuk menggalakkan industri kewangan menyumbang kepada agenda kelestarian negara melalui inisiatif kemampanan korporat, meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar yang dihadapi di Negara Brunei Darussalam, dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 14 – Kehidupan Di Bawah Air dan SDG 15 – Kehidupan di Darat.

    Kelihatan salah seorang peserta yang mengambil bahagian sedang mengutip sampah di kawasan Kampong Ayer, pada pagi hari ini. – Gambar oleh Adib Noor

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda