Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    69 adakan lawatan ke PDI

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Rombongan seramai 69 orang dari Yayasan Kejayaan Mualaf Indonesia dan Lembaga Majelis Taklim Mualaf Kalimantan Barat, Indonesia, telah mengadakan lawatan ke Pusat Dawah Islamiah (PDI), kelmarin.

    Antara objektif lawatan rombongan yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Damanhuri tersebut adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang dakwah sama ada dari aspek pengajaran dan pembelajaran kepada mualaf, perekonomian dan cara-cara berdakwah kepada se-seorang yang bukan Muslim.

    Atur cara lawatan termasuk mengadakan sesi taklimat mengenai perkembangan dakwah yang dilaksanakan oleh PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) serta bertukar-tukar fikiran dalam bidang dakwah dan aspek perekonomian di samping meninjau dan mempelajari tenang kemajuan serta perkembangan kedua-dua pihak.

    Program lawatan tersebut diharap akan dapat memberi peluang kepada para peserta rombongan, terdiri daripada tujuh lelaki dan 62 perempuan, untuk mempraktikkan cara-cara berdakwah secara terbuka dengan melibatkan para mualaf sendiri untuk berdakwah kepada kaumnya, memandangkan situasi dakwah seperti ini akan memberikan kesan dan impak yang lebih besar.

    ATAS & BAWAH: Antara peserta yang menyertai lawatan berkenaan. – Gambar serahan PDI
    Gambar serahan PDI
    Gambar serahan PDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...