MOROGORO, TANZANIA, 11 OGOS – Tanzania hari ini berkabung dan bersedia untuk mengebumikan 69 mayat yang terkorban dalam letupan ketika mangsa-mangsa cuba mencuri minyak daripada lori tangki minyak yang terlibat kemalangan.
Presiden John Magufuli mengumumkan tempoh perkabungan sehingga esok berikutan letupan maut berhampiran bandar Morogoro, timur Dar es Salaam.
Dia akan diwakili oleh Perdana Menteri Kassim Majaliwa semasa pengebumian itu nanti, menurut kenyataan rasmi.
Pengebumian bermula petang ini, umum Menteri Hal Ehwal Parlimen, Jenista Mhagama pada pagi ini selepas keluarga mangsa mengenal pasti si mati. Ia menjadi kes terbaharu dalam siri serupa di Afrika yang mengorbankan 66 dan mencederakan 70 yang lain, kata Gabenor Morogoro, Stephen Kebwe. – AFP
