Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    69 pelajar cemerlang dirai

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Seramai 69 orang pelajar telah diraikan pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang BC GCE O Level / IGCSE Sesi 2022, Sekolah Menengah Berakas (SMB), baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Anggerek itu ialah Ketua Kluster 3, Jabatan Sekolah-sekolah Pendidikan, Hajah Amal Nuriyah binti Haji Ahmad Kumpoh.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengetua SMB, Alexandar bin Bandang yang juga selaku pengerusi majlis tersebut, di samping para jemputan yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga.

    Dalam ucapannya, Hajah Amal Nuriyah antara lain berkata, segala kejayaan yang dicapai oleh sekolah berkenaan telah mendapat peratus lima O Level ke atas yang sangat cemerlang dalam peperiksaan BC GCE O Level / IGCSE pada November 2022 iaitu 49.6 peratus yang mana lebih tinggi berbanding purata kebangsaan sebanyak 45.4 peratus serta lebih tinggi daripada keputusan yang diperoleh semasa tahun 2021.

    SMB juga membuktikan kejayaan dalam pelbagai bidang seperti menerima anugerah One of the Top Vote Schools in Secondary Schools Category in Brunei Darussalam; naib juara dalam pertandingan BICTA Tahun 2022; juara dalam Pertandingan Menambang Syair Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada Tahun 2022; mendapat Silver Award dalam Young Investors Challenge anjuran ASTI Malaysia dalam peringkat serantau pada Tahun 2022; serta menerima anugerah Energy Globe Award (The Most Important Award for Sustainablity Worldwide) di peringkat serantau.

    Tetamu kehormat (kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar.
    Hajah Amal Nuriyah semasa menyampaikan ucapannya.
    Antara yang menghadiri majlis tersebut, baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda