Wednesday, June 26, 2024
23 C
Brunei

    -

    Sri Langka cuba kurangkan sekatan import kenderaan

    COLOMBO, 17 JUN – Pihak berkuasa Sri Lanka telah merangka awal pelan hala tuju untuk mengurangkan sekatan ke atas import kenderaan bermotor menjelang 2025, kata media tempatan yang memetik Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), baru-baru ini.

    Menurut IMF, pelan itu akan dimulakan dengan import kenderaan penumpang awam dan kenderaan tujuan khas pada suku ketiga 2024, diikuti oleh kenderaan pengangkutan barang pada suku keempat tahun yang sama.

    Menjelang 2025, Sri Lanka akan sepenuhnya menghapuskan sekatan import ke atas semua kenderaan bermotor, kata IMF.

    Sri Lanka mengenakan larangan import kenderaan akibat kesan pandemik coronavirus pada 2021 dan 2022 dan meneruskan keputusan tersebut disebabkan krisis ekonomi yang dihadapi negara itu.

    Kerajaan Sri Lanka mengehadkan pengimportan 1,465 barangan pada Ogos 2022 akibat krisis ekonomi tetapi telah menarik balik sekatan ke atas kebanyakan barangan tersebut beberapa kali secara berasingan.

    Data rasmi menunjukkan jumlah perbelanjaan import Sri Lanka pada 2022 adalah lebih AS$18 bilion, mencatatkan penurunan sebanyak 11.4 peratus berbanding pada 2021. – Xinhua

    Gambar hiasan. – Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bunuh 3 anak, ibu dipenjara 18 tahun

    WELLINGTON, 26 JUN - Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya...