Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 cedera insiden letupan peledak periuk api latihan

    SEOUL, 11 SEPT – Tujuh individu, termasuk enam anggota simpanan tentera Korea Selatan, cedera selepas peledak sebuah periuk api latihan meletup awal minggu ini di sebuah unit tentera udara di pulau selatan Jeju, lapor agensi berita Yonhap hari ini, memetik pegawai.
     
    Menurut tentera udara, kejadian itu berlaku semasa latihan anggota simpanan kelmarin, mencederakan enam anggota simpanan dan seorang pegawai tidak bertauliah. Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan seperti calar dan telinga berdesing. Mereka telah menerima rawatan di hospital berdekatan dan kemudiannya dibenarkan pulang.
     
    Pasukan tentera itu sedang menyiasat punca sebenar letupan berkenaan.
     
    Pada hari yang sama, satu letupan di unit artileri tentera darat di bandar Paju di barat laut negara itu telah mencederakan 10 anggota tentera. – Bernama 
     
    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda