Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    7 cedera parah dalam letupan stesen minyak

    PHNOM PENH, 4 SEPT – Tujuh orang cedera parah dalam letupan di stesen minyak daerah Sen Sok di Phnom Penh, ibu negara Kemboja, kata seorang ketua polis bomba hari ini.

    Letupan berlaku pada petang kelmarin di depoh gas, mencetuskan kebakaran yang merebak di seberang jalan ke beberapa rumah bertentangan, kata Pengarah Pejabat Polis Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran Perbandaran Phnom Penh, Kolonel Prohm Yorn.

    “Tujuh orang termasuk pemilik stesen minyak berusia 69 tahun itu mengalami kecederaan parah semasa letupan dan kebakaran itu,” katanya dalam laporan yang dikeluarkan kepada media.

    Beberapa buah kereta dan motosikal turut musnah dan anggota bomba menggunakan 22 jentera bomba untuk memadamkan api, kata Yorn, sambil menambah bahawa kebocoran gas dipercayai menjadi punca letupan kerana siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui apa penyebab gas itu terbakar.

    Phnom Penh merekodkan 39 insiden kebakaran dalam tempoh Januari hingga Mei 2022, mengorbankan seorang dan 14 lagi cedera, menurut Pejabat Polis Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran Perbandaran Phnom Penh, sambil menambah 51 buah rumah dan sejumlah harta benda turut musnah. – Xinhua

    Images of fire flames with dark background
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...