LONDON, 31 Okt – Tujuh ahli sebuah keluarga dikhuatiri maut selepas satu kebakaran besar yang berlaku merempuh rumah ladang mereka dan meranapkan kawasan itu semasa mereka tidur, tabloid Inggeris Daily Mail melaporkan kelmarin.
Kebakaran itu memusnahkan sebuah rumah di Liangammarch Wells di Powys, Wales di mana rumah tersebut dipercayai didiami oleh pasangan suami isteri serta lapan anak mereka, kata akhbar itu di laman webnya.
Polis dalam kenyataannya mengesahkan bahawa tiga kanak-kanak berumur 13, 12 dan 10 berjaya menyelamatkan diri dengan melarikan diri apabila harta benda rumah tersebut mula terbakar pada kejadian itu.
Ahli bomba, polis dan saintis forensik sedang berusaha untuk menangani insiden tersebut untuk mencari mangsa kebakaran melalui sisa rumah ladang yang ranap dijilat api itu.
Seorang jurucakap polis berkata bahawa kemungkinan lebih banyak kematian tetapi bilangan sebenar masih tidak diketahui.
Gambar yang diambil daripada ruang udara menunjukkan gambaran runtuhan bumbung yang jatuh di rumah berkenaan akibat kebakaran itu.
Perkhidmatan kecemasan terus berkejar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan laporan mengenai kebakaran yang meranapkan ladang mereka sejurus selepas tengah malam. – Xinhua