Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    7-Eleven Malaysia lancar koleksi istimewa

    KUALA LUMPUR, 28 Feb – 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd melancarkan koleksi ‘Mickey Go Local Mini Tins’ yang menawarkan 26 reka bentuk kreatif bercirikan warisan tempatan, kebudayaan, bahasa dan juadah.

    Tin tersebut boleh didapati di kedai serbaneka itu bermula kelmarin sehingga 22 April 2019.

    Dalam kenyataan kelmarin, 7-Eleven Malaysia berkata koleksi itu menampilkan ikonik Mickey Mouse dan rakan-rakannya bertemakan budaya tempatan, antaranya waktu minum teh di ‘kopitiam’, slanga percakapan seperti ‘chun’ dan ‘fuyoh’ serta permainan tradisional kanak-kanak. “Kami teruja untuk melancarkan kempen ini di seluruh cawangan 7-Eleven Malaysia.

    “Biskut butang atau Iced Gem yang terkenal di Malaysia pastinya akan menarik perhatian pelanggan sekali gus menggamit memori zaman kanak-kanak,” kata Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia Ronan Lee.

    Pelanggan akan diberikan pelekat program bagi setiap pembelian RM5 dan ke atas dalam satu resit sepanjang tempoh kempen tersebut di mana-mana cawangan 7-Eleven Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda