Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

7 etnik Rohingya maut bot karam di Myanmar

-

YANGON, 2 SEPT – Tujuh etnik Rohingya dari sekumpulan 65 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar dari sebuah bot di pesisir pantai selatan, mati akibat kebuluran, dahaga dan terdedah cuaca, lapor media kerajaan hari ini.

Pada Isnin, pihak berkuasa menahan sebuah kapal berhampiran bandar Pyapon sekitar 120 kilometer ke selatan hab komersial Yangon, lapor akhbar Global New Light of Myanmar.

Empat penyeludup manusia dan 65 orang Bengali yang diseludupi ditahan sementara, menurut laporan itu, menggunakan terma gelaran merujuk kepada etnik Rohingya di Myanmar.

“Tiga lelaki dan empat perempuan kemudiannya mati akibat cuaca buruk dan kurang makanan dan air,” tambahnya.

“Enam lagi yang lain masih menerima rawatan, manakala lima lelaki daripada kumpulan itu ditahan agar mereka boleh disiasat dan dihukum di bawah undang-undang,” lapor akhbar itu.

Beratus-ratus Rohingya Muslim melarikan diri ke Bangladesh daripada tindakan keras tentera di negara majoriti Buddha, Myanmar pada 2017. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -