DALAM masa yang singkat, kita sering dapat merasakan pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, dan marah. Apa yang menarik tentang perasaan manusia? Mari kita lihat lapan fakta menarik tentang perasaan manusia.
1-Fobia terhadap kehilangan telefon bimbit.
Nomophobia ialah satu istilah dalam menggambarkan ketakutan seseorang terhadap ketiadaan telefon bimbit atau berhubung dengan telefon bimbit. Istilah ini adalah singkatan untuk ‘no-mobile-phone phobia’ yang wujud ketika satu kajian yang dijalankan oleh Pejabat Pos United Kingdom pada tahun 2010.
Menurut kajian tersebut, sebanyak 54 peratus responden berkata mereka mengalami nomophobia. Secara keseluruhannya, wanita adalah lebih cenderung untuk mengalami nomophobia berbanding lelaki.
2-Tanpa disedari, mood orang lain memberi kesan mendalam terhadap diri kita.
Menurut kajian, fenomena ini dipanggil ‘emotional contagion’ (penularan emosi). Ini adalah proses biasa yang terhasil di otak melalui ‘saraf-cermin’ yang membolehkan kita untuk merasai dan mencerminkan emosi orang lain. Kita juga mempunyai kecenderungan secara semulajadi untuk meniru gaya percakapan dan ekspresi fizikal seseorang.


3-Apabila berpelukan, otak membebaskan hormon oxytocin.
Oxytocin ialah hormon yang dikenali dengan peranannya dalam perhubungan sosial seperti membentuk kepercayaan.
4-Pendedahan terhadap sesuatu secara berterusan boleh mengubah emosi.
Menurut psikologi, ‘desensitization’ ialah istilah yang membawa maksud tindak balas emosi yang berkurangan kepada rangsangan negatif selepas pendedahan secara berterusan kepadanya.
Dalam satu kajian, ibu bapa yang menonton filem yang mengandungi unsur keganasan telah menunjukkan peningkatan dalam penerimaan terhadap unsur tersebut, malah sehingga ke tahap menunjukkan unsur tersebut kepada anak-anak. Selain itu, terdapat bukti hilangnya sifat peka dalam kalangan orang yang bermain permainan video.
5-Biasa dengar makan coklat ibarat jatuh cinta?
Coklat sering menjadi pilihan untuk dijadikan hadiah dan untuk menunjukkan kasih sayang. Tetapi tahukah anda mengapa? Coklat mengandungi ‘trytophan’, sejenis bahan kimia pada otak yang mengeluarkan serotonin, iaitu rasa seronok.
Serotonin memainkan peranan yang besar dalam mood yang positif, kesihatan emosi, tidur yang betul, selera makan yang seimbang, dan juga beberapa fungsi secara fisiologi.
Coklat juga mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai ‘phenylethylamine’. Ia membantu dalam memberikan keseronokan. Nak rasa gembira? Makan coklat.
6-Enam riak muka dengan pelbagai emosi.
Kajian dalam psikologi telah mengklasifikan enam riak muka yang sama dengan pelbagai emosi.
Rasa jijik sedih, gembira, takut, marah, dan terkejut. Pergerakan yang berbeza pada otot muka berkait rapat dengan emosi tertentu.
7-Terdapat saraf otak yang penting untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Saraf cermin adalah perisian otak yang penting untuk mengharmonikan diri kita dengan keadaan persekitaran. Saraf cermin ini yang membuatkan kita berasa seperti dipukul apabila melihat orang lain dipukul dan kita tidak dapat menahan ketawa apabila melihat sekumpulan orang yang sedang ketawa. Ianya dikatakan saraf ini yanng memberikan kita kemampuan untuk empati, membolehkan kita untuk merasai apa yang orang lain rasa.