7 hilang tanah runtuh di Laos

VIENTIANE, 21 JULAI – Tujuh orang hilang di utara wilayah Xieng Khuang, Laos akibat tanah runtuh ketika mereka menggali emas pada Ahad lalu.

Insiden itu berlaku di Kampung Choi, daerah Phoukout di wilayah Xieng Khuang, sekitar 180km ke timur laut Vientiane, Laos, media tempatan Vientiane Times melaporkan hari ini.

Tujuh yang hilang termasuklah seorang wanita, menggali menggunakan gerudi kira-kira 10 meter ke dalam tanah apabila ia runtuh, kata pegawai dari Jabatan Penerangan, Budaya dan Pelancongan wilayah itu memberitahu akhbar harian tersebut. Kemalangan berlaku susulan beberapa kejadian hujan lebat yang mengakibatkan tanah lembut sehingga ia runtuh, katanya.

Pihak berkuasa sudah pun menugaskan penduduk tempatan untuk membantu menggali kawasan kemalangan dan mencari mayat tujuh mangsa yang hilang, dipercayai tertimbus, katanya. – Xinhua