NEW YORK, 29 Mac – Kira-kira 24 peratus penduduk Venezuela, kira-kira tujuh juta, terdesak bagi bantuan kemanusiaan, menurut satu laporan dalaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang menunjukkan pemakanan tidak seimbang dan penyakit meningkat manakala situasi hidup merosot.
Laporan yang diperoleh AFP semalam dibentangkan minggu ini kepada kerajaan Presiden Nicolas Maduro, yang menyalahkan sekatan-sekatan AS terhadap krisis ekonomi Venezuela dan pemimpin pembangkang, Juan Guaido.
Laporan Overview of Priority Humanitarian Needs memperlihatkan data terperinci mengenai skala krisis kemanusiaan yang melanda Venezuela ketika PBB mahu mendapatkan sokongan bagi meningkatkan respons.
“Tujuh juta orang atau kira-kira 24 peratus jumlah keseluruhan penduduk di negara ini, dijangka mempunyai keutamaan segera bagi bantuan dan perlindungan,” menurut laporan setebal 45 muka surat itu.
Lebih daripada 94 peratus penduduk Venezuela yang hidup dalam kemiskinan pada 2018 termasuk 60 peratus lagi yang hidup dalam kemiskinan melampau, menurut satu tinjauan oleh tiga universiti di Caracas yang dipetik dari laporan berkenaan. – AFP