PHNOM PENH, 28 Feb – Tujuh kanak-kanak perempuan Kemboja berusia antara enam dan 13 tahun, lemas pagi hari ini apabila bot kayu kecil yang mereka naiki terbalik di sebuah tasik di bandar tepi laut Sihanoukville, kata polis.
Mereka adalah antara di antara sembilan kanak-kanak tempatan yang sedang dalam lawatan, Chuon Narin, kata Ketua Polis wilayah Kampong Som kepada AFP.
“Mereka sering bermain di tasik dan kali ini mereka menaiki sebuah bot kayu kecil. Tetapi ia dalam keadaan kurang memuaskan dan karam,” katanya. Seorang lagi gadis dan lelaki telah diselamatkan dan dihantar ke hospital, kata Chuon Narin.
“Ia adalah satu tragedi, ini amat menyedihkan,” katanya.
Media tempatan mengambil gambar orang ramai, saudara-mara menangis dan berkabung atas mayat kanak-kanak perempuan mereka. Kanak-kanak Kemboja yang tinggal berhampiran air biasanya belajar bagaimana untuk berenang sejak usia awal lagi. Ia tidak jelas sama ada mangsa merupakan perenang yang baik. – AFP