7 Lagi wilayah dikenakan perintah darurat

TOKYO, 13 JAN – Jepun telah melanjutkan perintah darurat koronavirus hari ini ke atas tujuh lagi wilayah – termasuk Osaka dan Kyoto – dan juga memperketatkan sekatan sempadan ketika jangkitan meningkat di seluruh negara.

Pelanjutan itu bermakna bermula Khamis, 11 daripada 47 buah negara akan dikenakan perintah darurat – yang merangkumi sekitar 60 peratus daripada KDNKnya.

Walaupun bilangan jangkitan di negara itu nampak kecil, dengan sekitar 4,100 kematian keseluruhannya, berlaku peningkatan jelas dalam kes-kes pada musim sejuk ini dan paramedik berkata hospital-hospital di bawah beban berat di kawasan yang teruk terjejas.

“Kita terus menyaksikan situasi serius,” kata Perdana Menteri Yoshihide Suga, menambah langkah itu adalah ‘amat diperlukan’.

“Kita perlu mengatasi cabaran yang kita hadapi ini.”

Tanda-tanda bagi jarak sosial di lantai dek pemerhati Shibuya Sky di Tokyo pada 13 Januari yang dikenakan perintah darurat berkaitan pandemik koronavirus. – AFP

Langkah kecemasan berbulan lamanya telah dilaksanakan di kawasan besar Tokyo minggu lalu.

Ia menggesa restoran dan bar-bar untuk ditutup pada jam 8 malam, dengan penduduk diseru untuk mengelak keluar dan menggalakkan kerja dari rumah.

Walaupun – tidak seperti kebanyakan tempat di dunia – undang-undang itu biasanya tidak memberikan pihak berkuasa untuk mengenakan permintaan itu, kerajaan sedang merancang perundangan untuk mendenda perniagaan yang tidak mematuhi peraturan.

Kawasan terjejas bermula dari tengah Aichi, sebuah hab industri dan komersial hingga Fukuoka di barat daya dan Osaka, yang telah melaporkan kes baharu beberapa hari, bersama wilayah kejiranannya Kyoto dan Hyogo.

Pengumuman kecemasan itu akan berakhir hingga 7 Februari bagi semua wilayah yang merangkuminya.

Suga juga mengumumkan kerajaan itu hari ini akan memperketatkan sekatan kemasukan yang sudah pun menegah hampir semua pengunjung asing ke negara itu.

Ia akan menangguhkan program yang membenarkan lawatan perniagaan dari 11 buah negara dan rantau, katanya, juga menegah kemasukan warga asing kecuali yang sudah ada di sana. – AFP