Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 mangsa pesawat Osprey belum ditemui

    TOKYO, 1 DIS – Pihak pengawal pantai Jepun hari ini menyusuri dasar laut untuk mencari serpihan pesawat tentera Osprey Amerika Syarikat (AS) yang terhempas pada minggu ini, tetapi masih belum menemui tanda-tanda tujuh orang ahli angkatan udara yang hilang.

    Menteri pertahanan Tokyo telah meminta tentera AS di Jepun untuk menangguhkan penerbangan Osprey mereka selagi pemeriksaan keselamatan dijalankan, tetapi Pentagon mengatakan pesawat tersebut masih beroperasi dan tidak menerima sebarang permintaan penangguhan.

    Osprey CV-22B jenis tilt-rotor itu terhempas pada Rabu lalu di luar pulau Yakushima semasa misi latihan rutin di mana terdapat lapan orang kru di dalamnya.

    Seorang lelaki ditemui dan kemudiannya disahkan mati pada hari yang sama, tetapi pihak pengawal pantai berkata pada hari ini bahawa tujuh yang lain masih belum ditemui walaupun usaha mencari dilakukan secara besar-besaran.

    “Hingga kini, tiada petunjuk baru terhadap individu yang hilang,” katanya dalam satu kenyataan.

    “Pada hari ini, selain daripada penyelidikan oleh kapal-kapal dan pesawat-pesawat peronda, kami merancang untuk meneruskan pencarian menyelam termasuk kawasan-kawasan di mana kajian sonar sisi semalam menunjukkan imej-imej eko yang berbeza dari dasar laut.”

    Kelmarin, penyelam telah mendapati objek-objek lain yang tidak dikenali ditemui melalui sonar di perairan sekitar 30 meter (100 kaki) namun penemuan yang hanya didapati ialah batu-batu.

    Seorang pegawai pengurusan kecemasan di wilayah Kagoshima di mana kemalangan itu berlaku berkata polis menerima maklumat pesawat itu ‘mengeluarkan api dari enjin sebelah kiri.’

    Menurut penyiar NHK, seorang perempuan nelayan tempatan mengatakan, dia melihat pesawat itu terhempas ke laut. – AFP

    Para ahli pengawal pantai Jepun mengangkat suatu objek yang timbul semasa mereka melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di Pulau Yakushima, selatan Jepun, pada 30 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda