ISLAMABAD, 23 Feb – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 15 yang lain cedera selepas insiden letupan yang melanda sebuah pasar di Lahore, ibu kota timur Wilayah Punjab Pakistan hari ini, kata pegawai.
Menteri Undang-Undang Punjab Rana Sanaullah berkata bahawa punca letupan itu belum lagi ditentukan.
Polis, tentera dan agensi perisikan telah memeriksa lokasi letupan dan mengepung di kawasan kejadian.
Tentera mengosongkan semua bangunan di pasar tersebut dan melakukan operaso menyelamat dan mencari.

Menurut laporan awal, letupan melanda restoran, Bombay Chowapatty, yang menghidangkan makanan India.
Mangsa yang cedera telah dipindahkan ke Hospital Besar di mana keadaan darurat telah diisytiharkan.
Beberapa hari yang lalu, pasar yang sama telah diarahkan kosong dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang telah menjalankan pemeriksaan selepas menerima ancaman bom. – Xinhua