Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 maut, 3 hilang tragedi kebakaran di Filipina

    MANILA, 18 DIS – Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan terkorban dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Manila pagi tadi.

    Kebakaran yang tercetus sekitar 9 pagi waktu tempatan di bandar Muntinlupa berjaya dipadamkan 23 minit kemudian, kata seorang anggota bomba Eugene Briones.

    Menurut siasatan awal, 10 anggota keluarga dilaporkan tinggal di rumah tersebut dan bomba sedang mengesan tiga lagi yang dilaporkan hilang.

    Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda