Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 maut, 4 cedera dalam keracunan gas

    JINAN, 13 OKT – Tujuh maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan keracunan gas di sebuah syarikat bioteknologi di wilayah Shandong, timur China, kelmarin, menurut pihak berkuasa tempatan hari ini, lapor Xinhua.

    Kemalangan itu berlaku sekitar 1:30 tengah hari kelmarin di syarikat bioteknologi Weifang Jinshi, kata biro pengurusan kecemasan Bandar Shouguang.

    Mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan stabil, tambah biro itu, sambil menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda