Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 maut, 5 cedera dalam nahas jalan raya di Pakistan

    ISLAMABAD, 2 JAN – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lima yang lain cedera hari ini dalam kemalangan jalan raya di daerah Kohat, barat daya wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.

    Menurut pegawai, sebuah van bertembung dengan trak mini di kawasan Darra Adam Khel di daerah Kohat. Polis dan pasukan penyelamat berkejar ke tempat kejadian dan membawa mayat dan mangsa yang cedera ke sebuah hospital.

    Kakitangan perubatan hospital itu khuatir angka kematian mungkin meningkat kerana sekurang-kurangnya dua daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

    Menurut polis, kemalangan berpunca daripada pemandu yang membawa kenderaan melebihi had laju. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda