Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    7 maut, 7 lagi cedera kemalangan di Filipina

    MANILA, 17 OKT – Tujuh orang askar terbunuh apabila tayar trak mereka pecah dalam cuaca hujan, sehingga kenderaan itu terbalik dan melanggar kenderaan pembancuh simen di wilayah tengah Filipina, kata polis hari ini.

    Tujuh orang lagi askar cedera dalam kemalangan malam Ahad di bandar pesisir pantai, Uson di wilayah Masbate ketika mereka dalam perjalanan pulang daripada detasemen selepas menerima makanan dan bekalan lain di sebuah kem tentera, kata polis.

    Beberapa orang askar tersebut juga pulang daripada misi mengumpul risikan, komando tentera serantau, kata Mejar Jeneral Alex Luna. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...