MANILA, 18 OGOS – Sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, maut dan lapan lagi cedera dalam perlanggaran antara van penumpang dan trak penghantaran di wilayah Quezon, selatan Manila, hari ini.
Siasatan awal polis menunjukkan van itu menghala utara ke Manila ketika kemalangan berlaku pagi tadi di lebuh raya di bandar Sariaya.
Pemandu van dilaporkan mengantuk ketika memandu, dan kenderaan membelok ke lorong lain sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.
Pemandu van itu antara yang maut, manakala pemandu lori cedera parah. – Xinhua


