Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita rasmi Iran, IRNA yang dipetik oleh Xinhua kelmarin.

    Pengarah Urusan Mashhad Municipality’s Fire and Safety Services Organisation, Hamidreza Kafinia berkata dua individu terbunuh selepas terperangkap dalam kereta semasa banjir di Enqelab Square pada Rabu.

    Beliau berkata banjir juga menyebabkan sebuah bangunan kediaman runtuh di kawasan perumahan lain di bandar itu, mengorbankan seorang wanita dan empat anaknya. Sekurang-kurangnya 250 keluarga dipindahkan ke tempat selamat di bandar dan kampung berhampiran.

    Menurut agensi meteorologi wilayah Khorasan Razavi, hujan lebat yang bermula sejak Selasa dijangka berterusan sehingga beberapa hari lagi. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...