Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 maut hujan ribut di Kashmir

    NEW DELHI, 28 JULAI – Tujuh terbunuh dan ramai dilaporkan hilang selepas hujan ribut melanda wilayah Kishtwar, Jammu dan Kashmir.

    Seramai 17 yang cedera berjaya diselamatkan dan usaha mencari mangsa yang hilang masih diteruskan, menurut polis Kashmir.

    Hujan lebat yang berterusan semalaman turut merosakkan enam unit kediaman dan satu depot catuan di kampung Hanzor Kishtwar.

    Sebelum ini, wilayah berkenaan mengalami hujan lebat.

    Menteri Dalam Negeri Amit Shah di akaun Twitternya pada Rabu menyatakan tentera India dan pihak berkuasa tempatan sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat. Selain itu, Pasukan Tindakan Bencana Negara (NDRF) juga di berada di daerah yang terjejas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda