Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    7 maut kejadian kereta api tergelincir

    LUBUMBASHI, 4 APRIL – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut apabila kereta api membawa barangan tergelincir di tenggara Republik Demokratik Congo, kemalangan kedua di kawasan tersebut dalam masa dua minggu, menurut pegawai tempatan hari ini.

    Kemalangan berlaku di perkampungan Buyofwe, wilayah Lualaba pada Sabtu. Pada pertengahan Mac, sebuah kereta api tergelincir daripada landasan di perkampungan yang sama, membunuh sekurang-kurangnya 75 orang dan mencederakan 125, menurut perkiraan rasmi.

    “Tujuh orang maut dan 14 lagi mengalami kecederaan serius” dalam kejadian terkini, kata menteri hal ehwal dalam negeri Lualaba, Deoda Kapenda kepada AFP hari ini.

    Jumlah tersebut mungkin meningkat kerana sejumlah besar penumpang terperangkap di bawa gerabak yang terbalik, katanya. Pasukan penyelamat telah dikerahkan ke tempat kejadian.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...