Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    7 maut pertempuran di Kashmir

    SRINAGAR, 30 DIS – Enam disyaki pemberontak dan seorang askar terbunuh dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir ditadbir India semalaman, kata polis hari ini, menyimpulkan satu lagi tahun berdarah di wilayah dipertikai itu.

    Polis India mengatakan enam terbunuh di dua buah kampung milik kumpulan Islam berpusat di Pakistan, Jaish-e-Mohammad, mendakwa dua daripadanya adalah warga Pakistan.

    India sudah lama menuduh Pakistan mendalangi serangan rentas sempadan di wilayah itu yang terbahagi dua sejak 1974 dan dituntut sepenuhnya oleh kedua-dua negara. Islamabad bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

    Kumpulan pemberontak yang berjuang menentang pasukan keselamatan India selama tiga dekad, menuntut kebebasan bagi Kashmir atau bergabung dengan Pakistan, yang mengawal sebahagian besar kawasan itu sejak kemerdekaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...