Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 migran maut kapal karam di pantai Turki

    ISTANBUL, 28 Julai – Tujuh orang termasuk lima kanak-kanak lemas selepas sebuah kapal membawa pelarian yang dalam perjalanan ke pulau Greek karam di Laut Aegean Turki, menurut seorang pengawal pantai Turki.

    Kapal membawa 17 pelarian itu, karam berhampiran daerah Cesme di wilayah barat Izmir, kata pengawal pantai dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web jabatan pantai lapor agensi berita China Xinhua.

    Dua mayat wanita dan lima kanak-kanak ditemui manakala sembilan orang termasuk warga Iraq, Syria dan Somalia berjaya diselamatkan.

    Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi migran masih diteruskan.

    Laut Aegean adalah laluan utama bagi migran untuk menyeludup ke negara Kesatuan Eropah (EU) melalui Turki.

    Pengawal pantai Turki menganggarkan seramai 9,195 migran menggunakan Turki sebagai laluan ke negara Eropah dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 26,000 pada 2016. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda