JAKARTA, Indonesia, 2 Mac – Tujuh negara pulau Pasifik telah menggesa siasatan PBB dalam dakwaan penyalahgunaan hak asasi manusia di Papua Barat dan wilayah Papua, Indonesia, di mana gerakan pemisah telah bergolak berdekad-dekad lamanya.
Satu kenyataan kepada sesi Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, dibaca bagi pihak tujuh buah negara oleh Menteri Keadilan Vanuatu Ronald Warsal, menuduh Indonesia melaku pencabulan hak asasi manusia yang serius ke atas penduduk asli Papua termasuk pelaksanaan hukuman mati sewenang-wenang ke atas aktivis dan pembelasahan dan menembak pembantah aman.
Kenyataan semalam menggesa majlis supaya mengemukakan satu laporan menyeluruh daripada pesuruhjaya tinggi untuk hak asasi manusia dan kerjasama Indonesia dalam memberikan kemudahan kepada dua wilayah berkenaan, yang dirujuk secara kolektif oleh penyokong kemerdekaan sebagai Papua Barat.
Dalam jawapan, wakil Indonesia menuduh Vanuatu “menggunakan isu hak asasi manusia untuk menjustifikasikan sokongannya ke atas gerakan pemisah di Papua” dan berkata rekod perlindungan hak asasi manusia kerajaan “sudah jelas dengan sendirinya.” – AP
