Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 orang awam maut kena bedil

    BEIRUT, 15 Jan – Rejim membedil rantau bergolak berhampiran bandar Syria hari ini telah membunuh tujuh orang awam, menurut pemantau, dalam satu serangan maut sejak gencatan senjata seluruh negara berkuat kuasa.

    Balai Cerap Hak Asasi Kemanusiaan Syria berkata pasukan kerajaan membedil Deir Qanun, sebuah kampung di rantau Wadi Barada, yang menjadi sumber air utama bagi Damsyik.

    “Ia adalah jumlah tertinggi sejak permulaan gencatan senjata” pada 30 Disember, kata ketua Balai Cerap, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP.

    Kira-kira 20 orang lagi cedera dalam serangan itu, beberapa daripadanya kritikal.

    Aktivis dari Ahli Jawatankuasa Media Wadi Barada berkata dalam Twitter bahawa peluru itu melanda tempat perlindungan sementara di mana wanita dan kanak-kanak sedang berlindung.

    Gambar fail yang diambil dari video pada 25 Disember oleh Agensi Berita Step, sebuah cawangan media pembangkang Syria, menunjukkan kepulan asap dari pembedilan pasukan kerajaan di Wadi Barada, Damsyik, Syria. Aktivis pembangkang dan TV kerajaan Syria berkata pada 13 Januari bahawa pekerja penyelenggara telah tiba untuk memperbaiki kemudahan air di sana namun pada 15 Januari dia dikatakan telah dibunuh. – AP

    Pertempuran hebat antara rejim dan pasukan pemberontak telah menggoncangkan Wadi Barada sejak malam semalam, selepas pegawai yang berunding satu perjanjian untuk memperbaiki semula air ke Damsyik, telah terbunuh.

    Ahmed al-Ghadban sedang dalam perjalanannya ke bandar utama Ain al-Fijeh bersama pasukan penyelenggaraan kerajaan apabila dia dibunuh.

    Pejuang pembangkang dan pegawai kerajaan masing-masing menuduh antara satu sama lain atas pembunuhan pegawai askar yang bersara itu, yang baru memulakan tugasnya pada Sabtu.

    Di bawah persetujuan, Ghadban akan menyelia pasukan yang bekerja untuk memperbaiki infrastruktur yang membekalkan bandar itu dengan air sebagai ganti bagi berhentinya peperangan dan mengundurkan pejuang pemberontak yang berhasrat melakukannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda