Saturday, October 19, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 pelajar Pusat Pembelajaran Al-Quran dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Tujuh orang pelajar Pusat Pembelajaran Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran ke-4 yang berlangsung di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik Kilanas, hari ini.

    Antara yang hadir pada majlis itu ialah Ketua Kampung Kilanas, Haji Mohamed Ameerolbahrynee bin Haji Abdul Hamid.

    Majlis khatam itu adalah bagi pelajar di dua cawangan iaitu Cawangan Pusat, Bebatik Kilanas dan Cawangan Tutong.

    Ia antara lain bertujuan untuk menggalakkan pelajar menguasai bacaan Al-Quran, menandakan selesainya bacaan mereka dan mengamalkannya sebagai ritual kehidupan seharian mereka.

    Para peserta majlis khatam yang berlangsung di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda