Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 pemandu diambil tindakan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 29 MAC – Enam pemandu telah diambil tindakan dalam Operasi Sepadu Sekatan Jalan Raya Penguatkuasaan Undang-Undang yang telah dijalankan serentak di dua lokasi berasingan di Daerah Belait, baru-baru ini.

    Operasi sepadu yang menumpukan kawasan Jalan Maulana dan di kawasan Lebuhraya Seria Bypass berkenaan melibatkan Balai Polis Kuala Belait, Balai Polis Panaga, Daerah Polis Belait Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, antara kesalahan yang diambil tindakan oleh PPDB ialah lesen memandu mansuh, memasang pelekat plastik filem pada cermin kenderaan, tayar keluar mud guard dan kenderaan tidak dalam keadaan baik.

    Manakala itu, pihak JKED telah mengambil tindakan ke atas seorang pemandu atas kesalahan memiliki minuman keras tanpa permit.

    Operasi adalah pemantauan berterusan bagi memastikan para pengguna jalan raya tidak melakukan kesalahan lalu lintas atau jenayah serta mengingatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati.

    Anggota polis ketika menjalankan pemeriksaan semasa operasi tersebut. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda