Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    7 pemberontak maut dalam pertempuran di Filipina

    MANILA, 27 JUN – Tentera Filipina hari ini berkata mereka telah membunuh tujuh pemberontak komunis dalam satu pertempuran di utara negara itu.

    Pertempuran berlaku sehari sebelumnya, berhampiran perbandaran Pantabangan ketika tentera bertempur dengan kira-kira 20 pemberontak Angkatan Tentera Rakyat Baru (NPA), kata Mejar Jimson Masangkay, jurucakap Divisyen Infantri ke-7.

    Pihak tentera menemui mayat tujuh pemberontak, menurut kenyataan tentera, sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kalangan tentera kerajaan.

    NPA merupakan sayap bersenjata Parti Komunis Filipina, yang telah melancarkan salah satu pemberontakan Maois paling lama di dunia.

    Tentera Filipina menganggarkan terdapat kurang daripada 2,000 pemberontak yang tinggal dan pertempuran senjata semakin berkurangan.

    Ratusan pemberontak komunis telah menyerah diri dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai pertukaran untuk bantuan kewangan dan peluang mata pencarian, menurut kerajaan. – AFP

    Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...