Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 planet seperti Bumi kelilingi satu bintang

    PARIS, 23 Feb – Para penyelidik semalam mengumumkan satu penemuan baru terhadap tujuh buah planet seperti Bumi yang mengelilingi bintang kecil dalam galaksi kita, yang membuka bagi pencarian kehidupan yang paling menjanjikan di luar Sistem Solar kita.

    Ketujuh-tujuh planet itu menyamai saiz dan besar planet kita dan hampir kesemuanya berbatu, dan tiga darinya berada dalam kedudukan sempurna mengandungi air lautan, mereka melaporkan dalam jurnal Nature.

    Paling kritikal, kedudukannya hampir kepada Bumi dan kemalapan bintang kerdil merahnya digelar Trappist-1, membolehkan angkasawan untuk menghuraikan setiap satu atmosfera dalam mencari tanda-tanda kimia aktiviti biologi.

    “Kami telah mengorak langkah penting dalam mencari kehidupan di luar sana,” kata pengarang bersama, Amaury Triaud, seorang saintis di Universiti Cambridge.

    “Sehingga sekarang, saya tidak rasa kita memiliki planet yang tepat untuk dikaji,” katanya dalam sidang akhbar.

    Para penyelidik telah menemui tujuh buah planet seperti Bumi mengelilingi satu bintang kerdil bewarna merah. – AFP
    Para penyelidik telah menemui tujuh buah planet seperti Bumi mengelilingi satu bintang kerdil bewarna merah. – AFP

    “Sekarang kita mempunyai sasaran yang tepat.”

    Sistem Trappist-1, dengan jarak 39 tahun cahaya, memiliki sejumlah besar planet-planet berukuran Bumi diketahui mengelilingi sebuah bintang.

    Ia juga memiliki apa yang digelar “zon suhu” tidak terlalu panas di mana air mengewap, mahu pun terlalu sejuk di mana ia membeku.

    Penemuan itu menambah kepada meningkatnya bukti bahawa galaksi kediaman kita, Milky Way, mungkin dihuni dengan berpuluh bilion dunia tidak seperti bumi kita, jauh lebih banyak daripada yang diramal sebelumnya.

    Menariknya, pengkaji bintang profesional mungkin hanya melihat di tempat yang salah.

    “Idea yang menarik terhadap pendekatan ini adalah untuk mengkaji planet-planet di sekitar bintang-bintang galaksi yang kecil dan hampir kepada kami,” kata pengarang utama, Michael Gillon, seorang profesor di Universiti Liege di Belgium.

    “Ini adalah sesuatu yang belum pernah dilakukan seseorang sebelum kita, kebanyakan ahli falak fokus ke atas bintang seperti matahari kita,” dia memberitahu wartawan sebelum penerbitan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda