ISLAMABAD, 20 OGOS – Sekurang-kurangnya tujuh ahli sebuah keluarga maut selepas meminum susu beracun di wilayah Sindh selatan Pakistan, kata seorang pegawai tempatan hari ini.
Menurut kenyataan Fayyaz Abbasi, pesuruhjaya wilayah itu, lima kanak-kanak adalah antara yang maut yang meminum susu itu pada malam Ahad. Insiden itu berlaku di kawasan Pir Goth di daerah Khairpur, wilayah itu.
Pegawai itu berkata 10 orang ahli keluarga itu dibawa ke hospital awam kawasan berkenaan selepas kesihatan mereka mula merosot akibat meminum susu lewat malam Ahad.
“Tujuh daripada mereka meninggal dunia semasa rawatan manakala selebihnya berada dalam keadaan kritikal di hospital,” kata pegawai hospital kepada Xinhua. – Xinhua