Friday, April 18, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 sertai program JENESYS

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-sekolah dan Jabatan Pendidikan Swasta telah menyelaras penyertaan delegasi terdiri daripada tujuh orang pelajar dan seorang pegawai bagi program Rangkaian Pertukaran Pelajar dan Belia Jepun-Timur Asia (JENESYS). JENESYS itu akan diadakan di Jepun selama sembilan hari mulai 25 Julai hingga 2 Ogos.

    Delegasi Negara Brunei Darussalam terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 9 dan Tahun 10 dari empat buah sekolah menengah kerajaan iaitu Awang Mohammad Luqman Al-Hakim bin Haji Abdul Mukti dari Sekolah Menengah Rimba 2; Dayang Nur Najibah Izzati binti Haji Ali Rahman dari Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab; Dayang Sofiyya Najihah binti Haji Abdul Aziz @ Azis dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Dayang Nuraliyah Afifah binti Zulkifli dari Sekolah Menengah Sayyidina Hussain.

    Turut serta ialah perwakilan dari tiga buah sekolah menengah swasta iaitu Awang Akid Ukail @ Ean Mikael bin Edi Farhan dari Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Dayang Nur Fathin Syuhaidah binti Syamsul dari Sekolah Menengah Seri Mulia Sarjana; dan Ang Chin Gui dari Sekolah Menengah Chung Hwa.

    Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, TuanYang Terutama Maeda Toru dan para peserta bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda