Tujuh tahun menyulam cinta, anak sulung penyanyi Ahmad Dhani, Al Ghazali akhirnya sah bergelar suami kepada Alyssa Daguise, hari ini.
Dalam sebuah majlis di Jakarta, Al Ghazali menyerahkan mas kahwin berupa logam mulia seberat 16.6 gram bersama wang tunai 2,025 Euro.
Al Ghazali atau nama lengkapnya Ahmad Al Ghazali Kohler, 27, bergelar suami dengan sekali lafaz dalam majlis ijab kabul yang dilakukan di hadapan penghulu dan saksi.
“Saya terima nikah dan kahwinnya Alyssa Paramitha Daguise Richard Vincent Daguise dengan mas kahwin tersebut dibayar tunai,” katanya kepada Kosmos.
Pasangan pengantin dilihat menggayakan busana rona putih mengikut adat Sunda semasa majlis akad nikah yang berlangsung pukul 10 pagi tadi.
Selain Ahmad Dhani, pernikahan itu turut dihadiri bekas isterinya, penyanyi Maia Estianty yang menyaksikan hari bahagia anak lelaki mereka. – Agensi
