Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 tamat kursus keselamatan Radiasi Asas

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 29 DIS – Tujuh peserta dari sebuah syarikat tempatan telah menamatkan kursus keselamatan Radiasi Asas Pertama anjuran Beta Testing Services (BTS) Sdn Bhd di pusat latihan mereka di Daerah Belait, kelmarin.

    Kursus diadakan sejurus selepas BTS Sdn Bhd menerima pensijilan daripada Pihak Berkuasa Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) sebagai penyedia latihan NDT ISO 9712:2021 yang diluluskan untuk menjalankan kursus keselamatan sedemikian di negara ini.

    Diketuai oleh Pengurus Teknikal/ NDT dan Jurulatih ISO di BTS Sdn Bhd, Balakrishnan Chandramohan yang menjelaskan bahawa tujuh peserta berkenaan bekerjasama dengan Jabatan Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyelenggarakan sistem imbasan sinaran X kargo.

    “Menurut peserta, ini adalah keperluan asas Jabatan Penerbangan Awam untuk melengkapkan Kursus Keselamatan Radiasi dan kami gembira kerana SHENA dapat meluluskan kursus yang diadakan di dalam negara yang lebih memudahkan peserta,” katanya.

    Semasa kursus tersebut, beliau menjelaskan bahawa para peserta dapat mempelajari dan memahami pelbagai keperluan berkaitan keselamatan radiasi dan cara bekerja dengan selamat semasa mengendalikan sumber radiasi seperti sinar gamma atau sinar-X melalui sesi teori dan praktikal.

    Akhir sekali, Chandramohan menekankan bahawa kelulusan berkenaan akan membantu memberikan kemudahan kepada kakitangan tempatan untuk dilatih dalam keselamatan radiasi yang akan meningkatkan kecekapan kakitangan di seluruh industri Brunei.

    Gambar ramai peserta bersama kakitangan dari BTS Sdn Bhd. – GAMBAR SERAHAN BTS SDN BHD
    Para peserta ketika menghadiri kursus yang dikendalikan oleh BTS Sdn Bhd. – GAMBAR SERAHAN BTS SDN BHD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda