Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 terkorban dalam serangan pengebom nekad

    QUETTA, 17 MAC – Seorang pengebom nekad mensasarkan konvoi bas yang membawa pasukan keselamatan di barat daya Pakistan kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya lima pegawai dan dua orang awam, menurut pihak tentera dan polis.

    Seramai 10 orang juga cedera dalam serangan di Naushki, sebuah daerah di Balochistan, kata Zafar Zamanani, ketua polis tempatan. Mereka yang terkorban dan cedera, beberapa daripadanya dalam keadaan kritikal, telah dibawa ke hospital.

    Pihak berkuasa mengatakan bahawa pemberontak pemisah melepaskan tembakan ke arah bas selepas serangan bom kereta itu.

    Tentera Pembebasan Baloch yang diharamkan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

    Dalam satu kenyataan tentera, mereka menyatakan bahawa “operasi pembersihan di kawasan itu akan diteruskan dan pelaku tindakan kejam dan pengecut ini akan dibawa ke muka pengadilan.”

    Minggu lepas, pemberontak menyerang sebuah kereta api dan mengambil kira-kira 400 orang sebagai tebusan. Seramai 26 orang terbunuh sebelum pasukan keselamatan melancarkan operasi yang membunuh semua 33 penyerang.

    Sarfraz Bugti, ketua menteri Balochistan, berkata pasukan keselamatan membalas tembakan kelmarin dan membunuh sekurang-kurangnya empat penyerang. – AP

    Orang awam melihat serpihan bas di bandar Noshki, wilayah Balochistan kelmarin, sehari selepas sebuah kereta yang dipenuhi bahan letupan melanggar bas tersebut. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda