Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 terlibat judi mahjung diberkas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Tujuh suspek lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan enam penduduk tetap berusia dalam lingkungan 52 ke 62 tahun telah ditangkap dalam satu operasi kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian jenis mahjung.

    Operasi tersebut merupakan kerjasama antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan Balai Polis Seria ketika melakukan serbuan di kawasan kediaman berek Lorong 3 Selatan, Seria, Daerah Belait.

    Semasa serbuan tersebut, pihak berkuasa turut merampas peralatan perjudian seperti dua set judi mahjung, dadu, buah mahjung, token, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai dipercayai digunakan untuk perjudian tersebut.

    Semua tangkapan serta barang-barang bukti dibawa ke Balai Polis Panaga untuk siasatan lanjut.

    Kes itu disiasat di bawah Seksyen 04 (C), Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28 yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda tidak kurang daripada $5,000.

    PPDB dalam kenyataannya akan sentiasa berusaha menjalankan pemantauan, menjejak serta mengambil tindakan pembanterasan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di negara ini.

    Antara peralatan mahjung yang dirampas oleh Pasukan Polis Diraja Brunei semasa operasi serbuan di sebuah kediaman di Daerah Belait.– Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda