Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 veteran kayuh basikal lipat ke Limbang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah di hujung minggu, sekumpulan peminat basikal lipat dari Negara Brunei Darussalam baru-baru ini telah membuat kayuhan merentas sempadan ke negara jiran Limbang.

    Kayuhan tersebut disertai tujuh orang veteran dengan diketuai oleh Haji Abd.Rahman bin Safar, salah seorang warga emas.

    Kayuhan bermula dari Masjid Kg Limau Manis melalui Post Kawalan Imigresen Kuala Lurah memasuki Post Kawalan Imigresen Tedungan Limbang. 

    Antara lain tujuan kayuhan berkenaan adalah untuk menjaga kesihatan dari segi kekuatan fizikal dan mental di samping melihat suasana di negara jiran.

    Sekitar suasana aktiviti kayuhan berkenaan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda