Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 wilayah Saudi dijangka dilanda gelombang sejuk

    JEDDAH, 29 Jan – Pihak berkuasa Perlindungan Alam Sekitar dan Kaji Cuaca Arab Saudi meramalkan suhu di tujuh wilayah di negara itu akan mencatatkan penurunan dalam tempoh beberapa hari lagi.

    Akhbar dalam talian Saudi Gazette memetik naib presiden pihak berkuasa berkenaan, Ayman Ghulam sebagai berkata, pakar kaji cuaca meramalkan angin akan bertiup pada kelajuan 50 kilometer sejam di Mekah, Madinah, Qassim, Hail, Jouf, Tabuk dan kawasan di sempadan utara.

    “Angin kencang membawa habuk dijangka menjejaskan pandangan. Pihak berkuasa juga meramalkan langit mendung di kebanyakan kawasan di seluruh negara.

    “Malah, kabus dijangka meliputi beberapa kawasan di kawasan sempadan di utara dan barat daya pada waktu pagi serta malam,” katanya.

    Katanya, hujan renyai juga berlaku di Jeddah, pada Jumaat.

    “Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan akibat hujan,” katanya. Jurucakap Bahagian Perhubungan Awam, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Turki Al-Dheeb, berkata keadaan hujan tidak akan menjejaskan jadual penerbangan.

    “Lapangan terbang itu mengendalikan 600 ketibaan dan pelepasan penerbangan sehari. Semua penumpang tiba dengan selamat tanpa sebarang penjadualan semula penerbangan akibat cuaca.

    Penumpang-penumpang yang tiba dialu-alukan dengan coklat dan bunga ros sebagai merayakan cuti musim bunga,” kata Al-Dheeb.

    Sementara itu, Ayman berkata, salji juga diramalkan berlaku di Qurayyat dan Turaif di wilayah, Al-Jouf. “Riyadh dan wilayah timur dijangka menyaksikan ribut pasir dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda