Oleh Daniel Lim
TUTONG, 15 MEI – Seramai 70 orang ahli Pertubuhan Kumpulan Wanita (WI) Brunei Darussalam telah mengadakan majlis perhimpunan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kelmarin yang berlangsung di Ibu Pejabat WI di Bukit Bendera, Daerah Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Penasihat WI, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali.
Dalam ucapan pembukaannya, Pemangku Presiden WI, Hajah Shamsiah binti Abdul Latif berkata, perhimpunan itu mewakili aktiviti tahunan kumpulan itu dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli-ahli mereka.
